Domo-kun Cute

WELCOME :)

WELCOME :)
Indah cinta belum tentu seindah PERSAHABATAN:)

Thursday 25 September 2014

Terima kasih

Assalamualaikum w.b.t , terima kasih sebab sudi datang jenguk-jenguk di blog kami ini . Anda boleh lihat setiap artikel dari kami yang berada di "sidebar" disebelah kanan Laman Utama ni . Don't forget to drop your comments , okay ? (づ ̄ ³ ̄)づ

Sunday 31 August 2014

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57

Assalamualaikum pembuka bicara ,  sebentar lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 , tema kemerdekaan bagi tahun ini adalah "Malaysia ... Disini Lahirnya Sebuah Cinta" . Sungguh menarik kata - kata tersebut yang memberi erti yang mendalam . Mari kita mengulas serba sedikit mengenai tema tersebut . Penulis difahamkan tema tersebut dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad .

Mengapa tema tersebut dipilih ?

 Ini kerana tujuan tema tersebut dipilih adalah untuk memupuk dan menyemat semangat cinta akan tanah air disetiap rakyat Malaysia . Semangat cinta akan tanah air ini amat penting , ini kerana ia akan mewujudkan rasa bersyukur terhadap kedamaian yang kita telah kecapi . Nenek moyang kita berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mendapatkan kedamaian dan keamanan Malaysia . Kita perlu bersyukur terhadap pengorbanan yang mereka telah lakukan .

Okey , sekarang dah tahu kan ? kenapa tema tersebut dipilih . Sekian saja dari kami . :D

# 5...4...3...2..1.. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!!
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 57 


Friday 29 August 2014

Assalamualaikum ~

 Assalamualaikum , kami pelajar Politeknik Muadzam Shah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi program Dip1A . Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Zairiz , Shukrie , Haikal , Shafiq dan Hayat . Tujuan kami mencipta "blog" ini adalah bagi melaksanakan kerja kursus berkumpulan. Kami diberi tugasan untuk mengulas serba sedikit mengenai sejarah Malaysia . Anda boleh mendapat informasi dan pengetahuan daripada "posting" kami . rajin - rajinkanlah membaca posting2 dari kami . terima kasih :D 

#Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta 
#Mohon follow blog kami :))

Domo