Peranan Asean
Penubuhan ASEAN telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan telah dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura,Thailand,Indonesia dan Filipina.Pada 8 Ogos 1967 semua pemimpin negara termasuk Malaysia telah bersetuju menandatangani satu perjanjian untuk penubuhan ASEAN . Pada tahun 1984 Brunei telah menyertai ASEAN dan pada tahun 1997 bertambah apabila 3 buah negara telah menyertai iaitu Vietnam,Laos dan Myanmar.
Dalam ASEAN,Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama ekonomi,politik,social da kebudayaan,pendidikan dan kesihatan,kepentigan social dengan negara-negara anggota lain.Dari segi keselamatan,ASEAN telah bersetuju memperkenalkan konsep Zon Aman,bebas dan berkecuali (ZOFPAN) di semua negara ASEAN.Selain itu semua negara ASEAN juga setuju untuk mengelakkan daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone(SEANWFZ).Ker jasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota.ASEAn telah menubuhkan persidangan menteri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO) dan diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAn seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di pulau pinang,RELC untuk melatih pegawai meningkatkan prestasi penguasan bahasa ingeris di Singapura.INOTEC di filipina untuk melahirkan penyelidikan pertanian dan TROMPED di negara Thailand untuk menjalankan penyelidikan kesihatan awam.
Semenjak penubuhanny, ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi . ASEAN juga telah berjaya meraih dividen besar iaitu keamanan dan kestabilan rantau . Bagi Malaysia ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia . Selain itu,Malaysia juga gigih berusaha untuk mencapai kerjasam ASEAN.Ini merupakan kerjasama diantara ASEAN,Korea,Jepun dan China.Malaysia amat berpuas hati dengan evolui kerjasama ini.Malaysia yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005-2006 akan terus mengambil langkah dan peranan utama untuk menjayakan apa jua matlamat yang ingin dicapai.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri,beliau telah mengariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan agar dapat menjamin rantau ini kekal dinamik.
Bagi aspek integrasi ekonomi,ASEAN pasti boleh berbangga apabila berjaya manghapuskan tariff ke atas 11 sektor utama yang akan di laksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007.iaitu Malaysia,Indonesia,Thailand Singapura,Filipina dan Brunei.tambahan pula empat buah negara lagi ialah Laos,Kemboja,Myanmmar dan Vietnam pada tahun 2012.
Peranan OIC
OIC ialah singkatan kepada 'Organisation Of Islamic Conference' atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam . OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah negara islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia,Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia.
OIC bertindak sebagai satu forum khusus untuk negara negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah khususnya mengenai konflik Israel-palestin . OIC diubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.Malaysia diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.Pejabat OIC terletak di Jeddah Arad Saudi.
Sebagai negara islam.Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara islam sangat mustahak . OIC juga erperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat ismlam di seluruh dunia.Malaysia menjadi pengerusi kepada sidang kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktber 2006.
Peranan Komenwel
Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British dan Malaysia.Malaysia menyertai setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 . Matlamat penubuhan komenwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan ekpnomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British . Sejak menjadi ahli komenwel pada tahun 1957,Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa,penjajahan dan penentangan terhadap isu apartheid di Africa Selatan . Dalam satu ersidangan Ketua-ketua negara komanwel(CHOGM) di bahamas(1985) dan di Vancouver(1987),Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan pernan yang lebih agresif dalam menangani isu ketidak adilan dan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
Dalam persidangan itu,selain membincangkan isu apartheid,kemerdekaan Namibia,masalah dadah,keuluran dan kemiskinan di afrika,ekonomi antarabangsa,konflik asia barat,konflik afghanistan dan Kampuchea,ada satu isu yang menarik perhatian negara dunia iaitu tentang isu alam sekitar.Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,ketua-ketua negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang dinyatakan
i. Pertubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam sekitar
ii. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun
iii. Pengurangan pencemaran laut
iv. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
Melalui komanwel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya . Dalam bidang pertahanan Malaysia telah mendapat beberapa bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan . Selain itu Malaysia juga telah mengadakan latihan ketenteraan bersana beberapa buah negara komanwel . Malaysia juga telah disokong oleh negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan Am(GSP) bagi barang Malaysia . Melalui rancangan Colombo,Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan,pertanian,teknikal,kesihatan dan sebagainya . Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam sukan komanwel pada tahun 1998.
Peranan NAM
NAM atau singkatan baginya ialah 'the Non-Aligned Movement', juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,Yogoslavia.Penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu . Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969 . Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali,iaitu tidak berpihak pada Blok Barat atau Blok Timur.NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan,keutuhan dan kedaulatansesebuah negara . Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pergerakan NAM kerana dasar NAM secocok dengan pendirian Malaysia.
Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa megira ideology politik dan faedah daripadanya.Malaysia telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi Naib presiden NAM pada tahun 1989 di Belgrade . Malaysia dilantik menganggotai Kumpulan 15(G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk menbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan ekonomi negara-negara NAM . Pada bulan Februari 2003,Malaysia telah menjadi tuan rumah persidangan.Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota,iaitu 2/3 daripada jumlah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Malaysia telah menyertai PBB pada 19 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan . Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tanagan dalam hal ehwalnegara lain.PBB juga bermatlamat mewujudka sebuah masyarakat dunia yang aman . Selain itu,kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan.PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia,
i. Perhimpunan Agung PBB
ii. Majlis keselamatan
Sosioekonomi pula dilaksanakan oleh Sekretariat PBB seperti WHO,ILO,UNESCO,IMF,UNPROFOR,UNISCOM dan UNCTAD . Malaysia sentiasa percaya kepada kepentingan PBB untuk memperoleh keamanan dan kesejahteraan dunia.Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila Malaysia telah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan negara.Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT,iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah.Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengamal di Congo (1961),Somalia (1995),Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah seperti WHO telah banayak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.FAO membantu pengeluaran makanan dan UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.
Disebabkan oleh : Mohamad Shafiq bin Ismail (19DIP14F1067)
No comments:
Post a Comment