Domo-kun Cute

WELCOME :)

WELCOME :)
Indah cinta belum tentu seindah PERSAHABATAN:)

BAB 2 : Perlembagaan Malaysia

Konsep , Tujuan dan Ciri-ciri Perlembagaan..
Pengenalan
     Pada zaman kesultanan melayu melaka terdapat undang-undang laut melaka dan hukum kanun melaka.sementara itu,setiap neger pula mengamalkan adat tradisional iaitu adat temenggung dan adat perpatih.adat perpatih biasanya diamalkan di negeri sembilan dan Melaka . Masyarakat melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.situasi ini menggambarkan wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah tanah melayu menccapai kemerdekaan pada tahun1957 dan diperkemas setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada tahun1963....
     Definisi perlembagaan
         Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana seseuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang,adat dan peratuan yang lazim dipakai.perlembagaan tersebut bersangkut paut dengan hal bagaimana keputusan-keputusan awam dicapai dan bagaimana kuasa diagihkan antara institusi kerajaan sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah .
          Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.kewujudannya adlah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara . Selain itu perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
         Perlembagaan persekutuan malaysia mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja-raja melayu dan hak orang melayu.agama,kewarganegaraan kehakiman dan sebagainya.perlembagaan boleh dikatakan sebagai sebuah dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peratuan asas negara..   
   Sejarah pembentukan perlembagaan malaysia
        
        Sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia telah bermula sejak abad ke19 penjajah british telah menguasai perak,selangor,negeri sembilan dan pahang yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu . Selepas perang dunia kedua jepun berundur dari tanah melayu dan british kembali ke tanah melayu . Pengenalan malayan union pada bulan april 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada tanah melayu.
         Hal ini menyebabkan satu perjanjian baharu telah dibuat antara raja-raja melayu dengan penjajah brirish yang dikenali sebagai perjanjian persekutuan 1948 . Melalui perjanjian ini kerajaan pusat terdiri daripada seorang pesuruh tinggi british,sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan . Selain itu,majlis perundangan mempunyai anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british.hasil daripada perjanjian telah lahir satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Selepas ini perlembagaan tersebut dipanggil sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948 . Selepas pilihan raya 1955 parti perikatan yang menang majoriti secara tidak langsung menjadi kerajaan . Pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu persidngan perlembagaan di london..
         Dalam persidangan ini cadangan agar ditubuhkan sebuah pesuruhjaya yang bebes untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu sebagai langkah pertama kearah kemerdekaan . Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan seuah suruhanjaya perlenbagaan perskutuan tanah melayu yang dipengerusi oleh lord reid(england)sir ivor jenning (uk)sir willian makell (australia)b.malik(india)dan hakim abdul hamid (pakistan).pelantikan orang luar dalampenggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan daripada masalah berat sebelah.Suruhanjaya Reid telah mengadan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam,parti politik,badan awam dan sebagainya . Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah Berjaya Menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.
        Draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957 . Persekutuan tanah melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
          Tujuan Perlembagaan
Kewujudan perlemagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur anatara kaum . Walaupun perlembagaan memperuntukan agama islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia . Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara juga ada kelongarannya apabila bahasa lain juga boleh digunakan . Manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu,YDPA bukan sahaja menjaga kepentingan orang Melayu,tetapi kaum lain juga dapat pelindungan yang sewajarnya . Ianya adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesebuah kaum sahaja.
Mengelakkan penyalahgunaan Kuasa oleh Pemerintah
Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan,terdapat beberapa peruntusan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri . Walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu,tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia . Ianya dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Mengawal Pergerakan Kerajaan Dan Rakyat
Perlembagaan persekutuan malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah,tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi dan hak istimewa orang melayu . Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa da dapat mengelakkan darpada dominasikuasa oleh sesuatu pihak.Pemerintah mempunyai had terhadap perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan serta rakyat juga ada perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Alat untuk menyelesaikan masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubahan undang-undang persekutuan dan Negeri . Malahan,sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
Menjamin Riwayat Negara Bangsa
Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran negara . Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dicorakkan.
Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara
Perlembagaan berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah,mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah . Alat penyelesaian masalah ini sesungguhnya telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara . Memandangkan terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu . Kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
Bentuk-bentuk perlembagaan
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis,iaitu perlembagan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis . Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.Perlembagaan bertulis ini mengandugi tiga sifat yang utama iaitu:
a) Kukuh dan sukar untu dibuat pidaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut .
b) Parlimen mempunyai kuaa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan .
c) Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undnag-undang dan melindungi perlembagaan .
Perlembagaan tidak ertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen,Contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis dimana parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan
Perkara-perkara yang boleh dipinda
Pemisahan Singapura
Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan . Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Malaysia Raja-Raja terlebih dahulu . Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini . Oleh itu,pada bulan September 1963,Singapuraa keluar dari persekutuan Malaysia.
Mengenal Gender
Perlembagaan persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan bagi memastikan tidak ada diskriminasikan antara jantina di negara ini . Perkataan jantina akan ditambah kepada perkara perlembagaan Malaysia yang berbunyi 'Kecuali sebagaimana dibernarkan dengan nyatanya oleh pembangunan , tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama , kaum , keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang .
Ciri-Ciri Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa . Perlembagaan Malaysia sebenarnya bermula sejak Inggeris mula menjadikan Tanah Melayu sebagai negara naungannya . Perlembagaan Malaysia terdiri daripada bentuk bertulis dan tidak bertulis . Di Malaysia , perlembagaannya boleh dipinda dengan tiga cara . Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti Malaysia sebagai sebuah persekutuan , Raja Berpelembagaan , Negara Demokrasi Berparlimen , Islam sebagai agama rasmi Persekutuan , ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang , dan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan (Montesquieu, seorang ahli fikir Perancis , telah mencipta suatu teori yang dinamakan teori pengasingan kuasa) .

Disediakan : Maszairiz bin Muzafri (19DIP14F1043)

1 comment:

Domo