Domo-kun Cute

WELCOME :)

WELCOME :)
Indah cinta belum tentu seindah PERSAHABATAN:)

BAB 3 : Kemasyarakatan dan Perpaduan


Assalamualaikum..
Di sini saya ingin membincangkan mengenai perpaduan Negara dan integrasi nasional. Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah Negara, terutama Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan yang tahap rendah, pertelingkahan rakyat berbilang kaum akan sering berlaku. Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak kemusnahan. Pandangan ini terbukti apabila tercetusnya satu peristiwa berdarah di Negara ini pada 13 Mei 1969. Negara ini secara jelasnya menjadi sebuah Negara yang berilang kaum, terutama selepas kedatangan British. Pihak British telah membentuk dasar ini menggalakkan kemasukkan buruh-buruh Cina, India, Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu.
   British juga turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah di mana di bawah sistem ini kumpulan etnik terbesar iaitu Melayu, Cina, dan India dpisahkan dipisahkan mengikut tempat dan pekerja masing-masing. Hasil daripada pengenalan system tersebut, kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan sector pertanian, menangkap ikan dan kerja kampung yang lain. Hanya sebahagian kecil sahaja tinggal di kawasan Bandar iaitu bagi yang terlibat dalam sektor pentadbiran, terutama dalam bidang perkeranian. 
    Bagi kaum Cina pula kebanyakan mereka tinggal di kawasan Bandar menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan ataupun tinggal di kawasan perlombongan. Kaum India pula ditempatkan di estet untuk mengerjakan lading-ladang getah dan kelapa sawit. Pengasingan tempat tinggal menyebabkan system pendidikan setiap kaum juga dipisahkan. Akibat daripada pengasingan, orang melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan kaum Cina.Ramai antara mereka yang hidup miskin berbanding dengan orang Cina kerana tiada menikmati kemajuan, pemodenan dan kemudahan infrastuktur yang tertumpu di kawasan Bandar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana syarat-syarat kerakyatan yang ketat. 
     Akibat daripada semangat perkauman dan perasaan saling mencurigai ini, maka bermula beberapa kali rusuhan, tetapi tidak terlalu serius dan masih boleh dikawal. Rusuhan tersebut ialah pada tahun 1957 di Pulau Pinang, 1960 di Pulau Pangkor, 1964 di Bukit Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang.
       Selain itu, saya ingin menerangkan tentang masalah-masalah awal perpaduan kaum rakyat Malaysia. Zaman kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya jelas situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu, Jawa, India Cina. Namun , perancangan ini berlaku atas tujuan memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan. Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pda awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British . Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai. 
     Kerajaan British sememangnya seolah-olah telah menetaokan bahawa setiap kaum membuat petempatan di kawasn-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing . Semenjak tahun 1920-an lagi, corak petempatan sebegini telah kelihatan . Terdapat perkampungan Melayu di kawasan perkampungan dan di bandar pula Kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah.
     Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain . Ikatan hubungan juga sangat jauh dan berbeza dari segi agama, pendidikan, akhbar, persatuan dan pengaruh politik.
     Pengasingan ini hampir tidak memungkinkan mereka bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang lain. Selain fungsi ekonomi masing-masing , beberapa fakta boleh digariskan sebgai faktor pemisahan tempat tinggal mereka, iaitu dari sego psikologi, mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan kenalan, rakan-rakan dan saudara-mara  mereka , terutama bagi mendapatkan bantuan semasa kesusahan . Ikatan dan hubungan mempengaruhi masyarakat untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perunahan dan perpindahan. Selain itu kurang memahami budaya,agama, adat resam  dan pantang larang kaum lain takut tercetusnya perselisihan.
      Akhir sekali , akibat dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British untuk kemudahan mereka. Pihak British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negra ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka. Percampuran dan pergaulan ini dikhuatiri boleh membahayakan kedudukan mereka dari segi politik mahupun ekonomi.
        Disamping itu, saya ingin menerngkan tentang perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum. Akibat daripada tumpuan tersebut , orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan , orang Cina digalakkan untuk bergiat daam sektor perdagangan dan perlombongan , sementara orang India dekekalkan di estet-estet. 
       Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul . Jika ada pertemuan pun hanya apabila mereka ini berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan kerajaan. Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.
Disamping itu, saya ingin menerangkan tentamg Pengasingan sistem pendidikan. Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kum dan tempat tinggal masing-masing. Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernekular melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun ,sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. Pelajar di sekolah - sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka atidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai. 
Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini di bawa dari India , namun mutu pengajaran mereka sangat rendah. Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. Justeru, pelajar pelepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet.
Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri . Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Guru-guru dan buku teks yang digunakan yang digunakandi sekolah dibawa dari negara China. Justeru , pelajar Cina mementingkan diri pergolakan polotik , ekonomidn sosial yang berlaku di Negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu. 
Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British , aliran-aliran pendidikan di Negara ini berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum. British tidak mencadangkan menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat. 
Adalah jelas kelihatan setiap kaum menganggap mereka bukan warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki serta bukan bermastautin. Fahaman sebegini juga menyebabkan mereka tidak terlalu menganbil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan . Pendidikan memang tidak diberikan untuk penduduk asli Sabah dan Sarawak . Di Sarawak , keluarga Brooke berasaskan anak-anak  orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi mereka yang wujud dalam budaya mereka.
Seterusnya, fahaman politik setiap kaum jugak sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada fahaman politik di tanah Melayu. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan, program keagamaan , akhbar dan persatuan sosial. Pada tahun 1930-an telah berlaku pergeseran antara orang cina dengan Jepun di negara cina. Ramai orang cina di tanah Melayu yang terdorong  untuk kembali  ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis berkembang di Cina, fahaman tersebut juga mudah menular dalam kalangan orang cina di tanah Melayu. 
Orang India masih menganggap India  sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali.  Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting dari apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India juga muncul lebih cepat seperti Persatuan India pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkaan keadaan pekerja India. 
Bagi orang melayu sendiri mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air seperti terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri daan tidak mengambil kira keadaan kaum lain. Situasi ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu tulisan mereka dalam majalah seperti Saudara, pengasuh, utusam melayu , warta malaya dan majlis. Selain itu , perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk  bekerjasama. ^_^

      Disediakan oleh : Megat Mohamad Shukri bin Megat Sulaiman (19DIP14F1073) , Mohamad Amirul Hayat bin Mohamad Shah (19DIP14F1004)

6 comments:

  1. susahnya nak bacaaaa... tlg buat ia jd ringkas dan bukan mcm karangan yer,,, hihi,, tq

    ReplyDelete
  2. Tq kerana berkongsi ilmu. Info yg diberi sangat padat tetapi susah dibaca. Saya cadangkan setiap perenggan pastikan ada jarak dgn perenggan lain, gunakan text allignment "justify" dan gunakan point/bullet/bold/dll pada info2 yg penting.

    ReplyDelete
  3. apalah korg...sush nak baca pala otak ko...kira ok la nie dia share ilmu..yg komen negatif tuhhh...g la cari info sendiri....nie lah melayu sekarang...wake up la ....

    ReplyDelete

Domo