Domo-kun Cute

WELCOME :)

WELCOME :)
Indah cinta belum tentu seindah PERSAHABATAN:)

Sunday, 31 August 2014

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57

Assalamualaikum pembuka bicara ,  sebentar lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 , tema kemerdekaan bagi tahun ini adalah "Malaysia ... Disini Lahirnya Sebuah Cinta" . Sungguh menarik kata - kata tersebut yang memberi erti yang mendalam . Mari kita mengulas serba sedikit mengenai tema tersebut . Penulis difahamkan tema tersebut dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad .

Mengapa tema tersebut dipilih ?

 Ini kerana tujuan tema tersebut dipilih adalah untuk memupuk dan menyemat semangat cinta akan tanah air disetiap rakyat Malaysia . Semangat cinta akan tanah air ini amat penting , ini kerana ia akan mewujudkan rasa bersyukur terhadap kedamaian yang kita telah kecapi . Nenek moyang kita berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mendapatkan kedamaian dan keamanan Malaysia . Kita perlu bersyukur terhadap pengorbanan yang mereka telah lakukan .

Okey , sekarang dah tahu kan ? kenapa tema tersebut dipilih . Sekian saja dari kami . :D

# 5...4...3...2..1.. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!!
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 57 


2 comments:

Domo