Assalamualaikum.
Saya Megat Mohamad Shukri Bin Megat Sulaiman . Article saya hari ini mengenai sejarah islam di Malaysia . Adakah semua orang tahu bagaimana islam boleh tersebar ke Malaysia ? di sini saya ingin membincangkan sedikit sebanyak mengenai kedatangan islam ke Malaysia .
Islam merupakan agama yang berlandaskan cara hidup yang berteraskan kepada keesaan Allah , rukun islam , rukun iman , serta mengenengahkan hub baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah . Rukun islam terbahagi kepada 5 , iaitu yang pertama megucap dua kalimah syahadah . Maksudnya ialah , suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW . seterusnya yang kedua pula ialah , solat 5 waktu , iaitu ibadah yang megandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam . Ia wajib ditunaikan 5 waktu iaitu Subuh , Zuhur , Asar , Maghrib dan Isya’ . Ketiga , mengeluarkan zakat . Ibadat yang mengeluarkan sebahagian harta tertentu , diberi kepada orang tertentu , dengan syarat tertentu . Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta . Yang kempat ialah berpuasa di bulan Ramadhan . Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa mula dari terbit fajar hingga tergelincir matahari disertakan dengan niat . Ia wajib ditunaikan selama sebulan di bulan Ramadhan . Akhir sekali ialah menunaikan haji bagi yang berkuasa . Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali seumur hidup keatas orang yang mampu , dengan syarat tertentu dan pada masa tertentu .
Seterusnya , rukun iman . Yang pertama ialah percaya kepada Allah . Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih . Yang ketiga ialah percaya kepada kitab-kitab Allah . Maksudnya , adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah . Rukun islam yang keempat pula ialah percaya kepada nabi dan rasul . Maksudnya , Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja. Rukun islam yang kelima ialah percaya kepada hari akhirat . Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an . Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa , dimusnahkan dan akan dibangunkan semula . Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan . Rukun islam yang terakhir ialah percaya kepada Qada’ dan Qadar . Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi , semuanya itu , menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah , sejak sebelumnya (zaman azali) . Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu . Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi . Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan . Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan) . Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga qada dan qada .
Seterusnya saya ingin menerangkan sedikit sebanyak mengenai sejarah islam . Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri melayu pertama menerima islam . Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang , Terengganu . Batu bersurat tersebut bertarikh 1303 M . Boleh dianggarkan Sultan Muzzafar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk islam lebih awal dan menjadi raja melayu pertama yang memeluk islam . Seterusnya pemeluk islam oleh Megat Iskandar Shah , yang dikenali sebagai Parameswara menjadi peristiwa penting dalam penerimaan islam di tanah melayu . Baginda telah memeluk islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai . Tudung merupakan suatu pengenalan yang agak baru dan tidak ketara sehingga kebangkitan islam di seluruh dunia pada dekad 1980-an .
Sekaramg saya ingin menerangkan penduduk isam di Malaysia . Menurut bancian tahun 2000 , kira-kira 60.4% daripada populasi Malaysia mengamalkan islam , 19% agama Buddha , 9%kristian , 6% hinduisme , dan 3%konfusianisme , Taoisme , dan agama tradisional cina lain . Yang selebihnya menganut kepercayaan lain termasuk Animisme , Sikhisme , dan Baha’I . Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim , Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina . Sebilangan Muslim muda terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih secular atau berlatar barat adalah Muslim separa mengamal . Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori , dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam mahupun pergi ke masjid secara kerap . Pada masa yang sama , bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambl agama ini lebih serius dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung .
Dari segi kebudayaan pula , Islam adalah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu . Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal usul daripada Bahasa Arab , bahaasa pilihan agama Islam . Tetapi , terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Potugis , Bahasa Cina,Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis . Islam sdah egitu sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telah diasmilasikan dengan budaya melayu . Di dalam konteks harian . perkataan Muslim dan melayu sering ditukar ganti . Contohnya Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia .
Seterusnya , Imam Syafi’e juga salah seorang daripada Sunni dan merupakan mazhab yang utama di Malaysia . Masjid sudah menjadi kezaliman di merata tempat di seluruh Negara dan suara azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari . Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan tutup selama 2 jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang prlu menunaikan solat secara berjemaah di masjid-masjid . Di sesetengah negeri seperti Kelantan , Terengganu dan Kedah mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti umum .
Akhir sekali ialah undang-undang dan politik . Seperti dalam perlembagaan Malaysia , orang melayu semestinya beragama Islam , tidak kira apa warisan etniknya dan jika mereka bukan melayu dari segi undang-undang .
Kesimpulannya , ramai yang beranggappan Agama Islam datang ke Malaysia melalui Parameswara .
disediakan oleh : Megat Mohamad Shukri bin Megat Sulaiman (19DIP14F1073)
No comments:
Post a Comment