Domo-kun Cute

WELCOME :)

WELCOME :)
Indah cinta belum tentu seindah PERSAHABATAN:)

BAB 4 : Pembangunan Negara


PEMBANGUNAN NEGARA
4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Latar Belakang Pembangunan Negara
      Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu :
  
       Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal, aspek kebendaan. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
        Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah Brirish sebelum ini Pembangunan negara dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama iaitu, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Pangjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
        Rancangan-rancangan ini dibuat sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan politik semasa dan dasr-dasar pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1), 1971-1990 misalnya telah menjadi asas kepada pelaksanaan DEB. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJ2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional yang bertujuan mencapai pembangunan seimbang. Tahun 2001 pula menyaksikan pembentangan Rangka Rancangan Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara.
         Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara ialah kedudukan ekonomi yang terbuka, sistem ekonomi campuran, masyarakat yang berbilang kaum dan kerajaan persekutuan.

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

PERINGKAT 1

Rancangan MalayaPertama (RM) 1956-1950)
Rancangan ini telah dilaksanakan hasil daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan Tanah Melayu RM-1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memajukan sepenuhnya sektor luar bandar. Untuk perancangan ini, kerajaan memperuntukan RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan                   Malaya Pertama. Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk lur Bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar. 
FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965
     Walaupun matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
       Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970
   RMK-1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
   Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.
Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.

Peringkat 2

Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975

Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15

Dasar Ekonomi Baru

   Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) . Pembentukan DEB adalah matlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990 . Rancangan pembangunan di bawah DEB , dijalankan menerusi strategi serampang duamata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi.
   Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan. Amnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga merangkumi semua kaum di Malaysia . Dalam hal ini , orang Melayu lebih ramai menghadapi masalah kemiskinan dan masih kurang mampu untuk bersaing dengan kaum lain.
   Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan kepada menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut ialah penduduk luar bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan , kesihatan, bekalan air, dan elektrik . Selain itu ,pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan biasiswa pelajaran , bantuan subsidi baja dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada anak-anak. Usaha pihak kerajaan untuk meningkatan taraf  hidup penduduk ini telah dapat dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana tahap kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan , iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada17.1% pada tahun 1990 .
     Untuk mencapai matlamat kedua DEB , iaitu menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian ,perlombongan , pengangkutan dan pertanian. Strategi yang dijalankan adalah meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur gunatanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum, menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor peroduktif di mana kaum bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain dan memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu serta kaum bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.
       Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandagkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980
      Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
     Sebanyak 28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
     Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990

  Matlamat Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995

Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000

Kemajuan ekonomi
 
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit  menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kemajuan sosioekonomi

Pembasmian Kemiskinan
Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.

Penyusunan semula masyarakat
 
Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
Peringkat 3

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar kemiskinan.Selain itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun 1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6) dan (DPN)

Disediakan oleh : Mohamad Amirul Hayat bin Mohamad Shah (19DIP14F1004)

2 comments:

  1. Mohon share ilmunya. Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  2. terbaiklah blog ni, ikhlas dari warga Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

    ReplyDelete

Domo